A- A A+
Menu
Home

TAKLIMAT PELAKSANAAN PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 1 TAHUN 2016 - RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

Semua Pejabat Pendidikan Daerah;
Semua Sekolah Menengah/ Rendah di Daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan.
 
Bersama-sama ini dipanjangkan surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang No Ruj : JPNPP(PERJ)500-12(63) bertarikh 24 Mei 2016 mengenai Taklimat Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Thn 2016 Rasionalisasi Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.  Muat turun surat di SINI.
 
Semua Ketua Pembantu Tadbir / Pembantu Tadbir yang menguruskan urusan perkhidmatan (Gaji) adalah diwajibkan hadir dengan membawa bersama-sama salinan Slaid Taklimat Penambahbaikan Skim seperti yang disertakan ke taklimat tersebut. Muat turun slaid di SINI.
 
 

Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Bagi PPP Dan PKP Di Kementerian Pendidikan Malaysia Fasa 2 Tahun 2016

Dengan hormatnya saya telah diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2.  Adalah dimaklumkan bahawa siaran iklan urusan kenaikan pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan telah dibuka mulai 24 Mei 2016 bagi pegawai-pegawai seperti berikut:

    (a)  PPP Gred DG32 Hingga Gred DG54 (Julai Hingga Disember 2016) (Diperaku Secara Online)

   (b)  PPP Gred DG44 Ex-PPPLD (Julai Hingga Disember 2016) (Diperaku Secara Online)

   (c)  PPP Gred DG48 Ex-PPPLD (Julai Hingga Disember 2016) (Diperaku Secara Manual)

   (d)  PKP (Julai 2016 Hingga Jun 2017) (Diperaku Secara Online)

3.   Semua maklumat siaran dan juga borang-borang yang berkaitan boleh di muat turun DISINI

Sekian, terima kasih. 

 

TAKLIMAT BERHUBUNG PELAKSANAAN PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 1 TAHUN 2016 - RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

Kepada: Semua Pejabat Pendidikan Daerah; Semua Sekolah Menengah/ Rendah dibawah seliaan JPNPP di Daerah Barat Daya dan Timur Laut

Bersama-sama ini dipanjangkan surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang No. Ruj: JPNPP(PERJ)500-1/6(3) bertarikh 23 Mei 2016 mengenai Taklimat Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2016 - Rasionalisasi Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia. Muat turun surat di SINI.

Semua Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir yang menguruskan urusan perkhidmatan (Gaji) adalah diwajibkan hadir dengan membawa bersama-sama salinan Slide Taklimat Penambahbaikan Skim. Muat turun slaid di SINI.

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016 : RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

Muat turun di SINI.

FAQ berkaitan muat turun di SINI.

Cadangan Pencalonan Bagi Penganugerahan Darjah, Bintang Dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Bersempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Melaka ke 78 yang akan disambut dengan rasminya pada 14 Oktober 2016, Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Melaka berkenan untuk menganugerahkan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka (DBPKNM) bagi tahun 2016 kepada individu yang telah memberi sumbangan dan perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri Melaka khasnya dan negara Malaysia amnya. Sehubungan dengan itu, pihak tuan dijemput untuk mengemukakan pencalonan bagi Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka tersebut.

2)   Maklumat berkaitan tatacara permohonan dan pengisian borang pencalonan boleh dimuat turun DISINI.

  •  Start 
  •  Prev 
  •  1  2  3  4  5  6  7 
  •  Next 
  •  End 

Page 1 of 7

Tuan Pengarah JPPP

 Pengarah1

Tuan Shaari Bin Osman

MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN

lmpp 16 01 small

Go to top