August 28 2014 01:09:49 login.png register.png lostpassword.png
Panel Navigasi
bullet.gif Muat turun
bullet.gif Soalan Lazim
bullet.gif Hubungi Kami
bullet.gif Galeri Foto
bullet.gif Carian
Pautan Pantas
bullet.gif Sektor Pengurusan Akademik
bullet.gif Sektor Pendidikan Islam
bullet.gif PPD Timur Laut
bullet.gif PPD Barat Daya
bullet.gif PPD Seberang Perai Utara
bullet.gif PPD Seberang Perai Tengah
bullet.gif PPD Seberang Perai Selatan
bullet.gif BTPNPP
bullet.gif Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang
bullet.gif e Maklum - Pertanyaan Mengenai Sistem Bayaran
Direktori Sekolah
PPD Barat Daya
bullet.gif Sekolah Rendah
bullet.gif Sekolah Menengah
PPD Timur Laut
bullet.gif Sekolah Rendah
bullet.gif Sekolah Menengah
PPD Seberang Perai Utara
bullet.gif Sekolah Rendah
bullet.gif Sekolah Menengah
PPD Seberang Perai Tengah
bullet.gif Sekolah Rendah
bullet.gif Sekolah Menengah
PPD Seberang Perai Selatan
bullet.gif Sekolah Rendah
bullet.gif Sekolah Menengah
Maklumat Asas Pendidikan
bullet.gif Jumlah Guru
bullet.gif Jumlah Bukan Guru
bullet.gif Enrolmen Murid
bullet.gif Bilangan Sekolah Mengikut PPD
Terkini
bullet.gif Pertukaran Pegawai Tertinggi Jabatan Pendidikan Dan PPD
bullet.gif Tawaran Baru Sekolah Menengah 2012
bullet.gif Tawaran Baru Sekolah Rendah 2013
bullet.gif Kenaikan Pangkat Dan Pertukaran PPPS
bullet.gif Kenaikan Pangkat Dan Pertukaran PPP Lepasan Diploma
bullet.gif Pengetua/Guru Besar Bersara 2014
bullet.gif Sistem Analisis Peperiksaan
bullet.gif Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
NKRA

MAKLUMAT SK2P

OBJEKTIF SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN


FUNGSI UNIT PENTADBIRAN

  • mengurus dan memantau kontrak perkhidmatan Pembersihan Bangunan dan kawasan serta Kawalan Keselamatan di sekolah-sekolah dan premis di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang
     
  • menyelia dan menguruskan penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan jabatan yang berada di jabatan, PPD dan sekolah
     
  • merancang pembelian barang-barang dan menyelia pengurusan stor di Jabatan
     
  • menyelia dan memantau kehadiran pegawai dan kakitangan melalui rekod kad perakam waktu
     
  • menyelaras dan menjadi urusetia bagi Perhimpunan Bulanan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang
     
  • menguruskan permohonan ke luar negara
     
  • pengurusan bilik mesyuarat Jabatan
     
  • menguruskan kewangan aktiviti Pentadbiran Negeri. Memastikan prestasi kewangan berada di tahap yang sepatutnya.
     
  • pengurusan surat-menyurat Jabatan
     
  • pengurusan Khidmat Pelanggan
     
  • menyelaras dan menjadi Setiausaha untuk Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan
     

FUNGSI UNIT KEWANGAN

  • menyelaras dan menyediakan bajet tahunan Jabatan
     
  • mengagih waran peruntukan
     
  • memohon peruntukan tambahan, pindah peruntukan
     
  • menyedia dan memproses pesanan kerajaan melalui sistem espkb dan eperolehan
     
  • mengurus pembayaran gaji pegawai dan kakitangan JPN
     
  • melapor, menyelia, serta membuat kutipan ke atas akaun belum terima jabatan
     
  • menguruskan permohonan pendahuluan diri pegawai bagi gaji terlebih
     
  • membina serta merekod kutipan hasil kerajaan
     
  • menguruskan panjar wang runcit jabatan
     
  • menguruskan urusan surat-menyurat
     
  • meneliti dan menjawab teguran audit jabatan
     
  • menguruskan pinjaman pembelian kenderaan dan komputer
     
  • penyediaan waran udara untuk perjalanan pegawai
     

FUNGSI UNIT AKAUN

  • menyelia, mengawal dan memohon peruntukan kewangan Jabatan
     
  • menyediakan laporan kewangan
     
  • pengurusan akaun sekolah
     
  • menyemak, menyedia dan pembuat pembayaran ke atas baucar-baucar bayaran jabatan dan sekolah
     
  • menguruskan akaun pukal Jabatan
     
  • memproses cek ganti/EFT tolak
     
  • meneliti dan menjawab teguran Jabatan Audit Negara, Bahagian Audit Dalam Dan Naziran Jabatan Akauntan Negara
     
  • mengurus serta memberi nasihat berhubung urusan kewangan Jabatan
     

FUNGSI UNIT TATATERTIB

  • menguruskan kes-kes tatatertib PPP Siswazah, PPP Lepasan Diploma dan Pegawai Sokongan di bawah JPNPP
     
  • membuat semakan dan menguruskan kes-kes surcaj PPP Siswazah, PPP Lepasan Diploma dan Pegawai Sokongan di bawah JPNPP
     
  • menyediakan kertas kerja untuk pertimbangan Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 2) JPNPP di bawah Peraturan 35, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
     
  • menyediakan kertas untuk pertimbangan Pengerusi Lembaga Tatatertib bagi menentukan Kes Prima Facie oleh Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 2) JPNPP
     
  • menyediakan Surat Pertuduhan kepada Pegawai Kena Tuduh serta Surat Ulasan Ketua Jabatan
     
  • menyedia dan membentangkan kertas kerja untuk pertimbangan Mesyuarat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 2) JPNPP bagi menentukan hukuman tatatertib yang akan diambil terhadap Pegawai Kena Tuduh
     
  • menyedia Surat Tindakan Tatatertib kepada Pegawai Kena Tuduh
     
  • menyediakan Surat Keputusan Tindakan Tatatertib untuk dikemukakan kepada Pejabat Pendidikan Daerah atau Ketua Jabatan masing-masing
     
  • menyedia Surat Perakuan Rayuan ke Lembaga Rayuan
     
  • menguruskan perisytiharan harta pegawai JPNPP, Pengetua dan Guru Besar serta semua staf sokongan JPNPP
     
  • menguruskan permohonan pekerjaan luar, memproses, merekod, dan mengeluarkan surat keputusan permohonan pekerjaan luar setelah diperaku oleh Pengarah JPNPP kepada pegawai JPNPP, semua guru dan staf sokongan di Pulau Pinang
     
  • menguruskan permohonan bergiat dalam politik, memproses, merekod dan mengeluarkan keputusan permohonan untuk bergiat dalam politik setelah diperaku oleh Pengarah JPNPP kepada pegawai JPNPP, semua guru dan staf sokongan di Pulau Pinang
     
  • menguruskan, memproses, merekod permohonan pemilikan harta/tanah kerajaan daripada pegawai JPNPP dan menghantar ke KPM untuk tindakan selanjutnya
     
  • menguruskan hal-hal berkaitan Pelan Integriti Nasional dan Pelan Integriti Organisasi
     
  • menguruskan, memproses, merekod permohonan Borang Soalan Tapisan Keselamatan pegawai untuk dihantar ke KPM bagi tindakan selanjutnya
     
  • menguruskan dan memastikan maklum balas yang diterima dari KPM diambil tindakan dan dihantar kembali ke KPM
     
  • mengadakan Kursus/Bengkel berkaitan dengan Integriti
     
  • Urusetia kepada :-
     
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi
     
  • Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus
     
  • Mesyuarat Lembaga Tatatertib Dan Surcaj
     

FUNGSI UNIT PENILAIAN TAHAP KOMPETENSI

  • pengurusan proses pendaftaran calon Kursus / Penilaian Pemahaman Penilaian Tahap Kecekapan (PTK ) serta Ulangan Kursus / Penilaian Pemahaman Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
     
  • pengurusan proses pendaftaran calon Peperiksaan PTK Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
     
  • pengurusan proses pendaftaran calon Ujian Khas PTK Penilaian Tahap Kecekapan
     
  • pengurusan proses pendaftaran calon Peperiksaan Perkhidmatan/Jabatan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia
     
  • pengurusan taklimat Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kepada warga Jabatan Pelajaran Pulau Pinang
     
  • pengurusan data keputusan Penilaian Tahap kecekapan (PTK)
     
  • FUNGSI UNIT PERJAWATAN DAN PERKHIDMATAN

    • mengurus dan memproses urusan perkhidmatan kakitangan guru dan bukan guru di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang
       
    • meningkat kecekapan proses pengurusan perkhidmatan bagi memastikan semua urusan mematuhi syarat dan dilaksanakan dalam jangka waktu yang ditetapkan
       
    • menguruskan keperluan perjawatan kakitangan bukan guru di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang
       
    • menguruskan perlantikan perjawatan secara tetap, kontrak, tukar sementara dan pinjaman dengan SPA/SPP
       
    • menyelaraskan urusan penempatan AKS di JPN dan sekolah-sekolah
       
    • memohon pengisian jawatan dari Bahagian Sumber Manusia, KPM
       
    • menguruskan pengambilan anggota i) Pekerja Khidmat Singkat ii) Anggota Khidmat Sokongan
       
    • memastikan perkhidmatan anggota diuruskan berdasarkan peraturan-peraturan semasa bagi memenuhi keperluan/syarat-syarat perkhidmatan
       

    FUNGSI UNIT PEMBANGUNAN

    • merancang dan menyediakan Draf Lima Tahun Rancangan Malaysia ke 10 (RMK 10)
       
    • memantau perlaksanaan projek-projek di bawah RMK-9 
       
      • Projek Baru
      • Blok Gantian
      • Blok Tambahan
         
    • mengurus kerja-kerja Ubahsuai, Naiktaraf dan penyelenggaraan Pra Sekolah/Pendidikan Khas/Rendah/Menengah/Asrama/KIP/Sokongan Pendidikan
       
    • memohon peruntukan penyediaan PPD baru yang diluluskan pada tahun 2007
       
    • memohon dan menguruskan peruntukan penyelenggaraan bagi Sekolah Bantuan Modal
       
    • melaksanakan Program Peluasan MPV 
       
      • penyediaan bengkel
      • penyediaan peralatan
      • penyediaan perabot
         
    • melaksanakan Program Peluasan Pra Sekolah
       
    • merancang tapak-tapak institusi pendidikan (Baru,Tambahan dan Gantian)
       

    FUNGSI UNIT PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET

    PEROLEHAN KERAJAAN

    • Bertanggungjawab mengurus proses perkhidmatan tender kepada syarikat-syarikat untuk memastikan segala kemudahan diterima oleh institusi-institusi pendidikan.
       
    • Bertanggungjawab menjalankan perolehan bekalan dan perkhidmatan melalui proses pembelian terus, sebutharga dan kontrak pusat.
       
    • Bertanggungjawab membekal dan melengkapkan institusi baru dan sedia ada dengan perabot dan kelengkapan-kelengkapan lain supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan sempurna serta kondusif.
       
    • Bertanggungjawab menyelaraskan perolehan melalui sistem ePerolehan di peringkat jabatan dan institusi-institusi di bawahnya untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti aktiviti/program perolehan.
       
    • Mengumpul data dan maklumat serta mengurus peruntukan yang disediakan dengan lebih efisyen supaya perancangan dapat dilaksanakan dengan teratur.
       

    PENGURUSAN ASET ALIH DAN TAK ALIH KERAJAAN

    • Bertanggungjawab merekod dan mengemaskini perolehan harta modal dan inventori dari segi penerimaan, pendaftaran dan pelabelan aset alih kerajaan.
       
    • Bertanggungjawab menguruskan perlantikan Pegawai Aset, Pegawai Pemeriksa Aset dan Lembaga Pemeriksa Pelupusan untuk memastikan proses pengurusan aset lebih efektif.
    • Bertanggungjawab menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan menyelaras Laporan Tahunan Aset.
    • Bertanggungjawab memproses permohonan pelupusan, kehilangan dan hapuskira aset alih kerajaan.
    • Bertanggungjawab memantau, memeriksa dan menyelenggara aset alih kerajaan agar sentiasa dalam keadaan baik.
    • Bertanggungjawab mengumpul data bangunan institusi pendidikan dan memantau tanah hak milik Pesuruhanjaya Tanah Persekutuan untuk kegunaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
       

    FUNGSI UNIT HRMIS

    • menyelaras dan memantau pelaksanaan HRMIS  peringkat agensi khususnya aktiviti-aktiviti prapelaksanaan, semasa pelaksanaan dan selepas pelaksanaan sesuatu modul / submodul
       
    • memastikan semua data asas HRMIS disahkan dan sentiasa kemaskini
       
    • sebagai point of reference kepada pengguna agensi dalam pelaksanaan HRMIS
       
    • bertindak sebagai meja bantuan (helpdesk) HRMIS iaitu menyelesaikan masalah pengguna di agensi  berkaitan pengoperasian aplikasi HRMIS
       
    • menguruskan latihan amali bengkel pengemaskinian maklumat aplikasi HRMIS kepada pengguna dan membangunkan kepakaran untuk menggunakan aplikasi HRMIS di agensi
       
    • bertindak sebagai urusetia kepada jawatankuasa pelaksanaan HRMIS dan pasukan teras di agensi
       
    • menyelaras penyediaan infrastruktur yang diperlukan seperti kemudahan tapak / bilik dan rangkaian bagi pelaksanaan HRMIS
       
    • pusat rujukan data peringkat agensi
       
    • menyediakan laporan status pelaksanaan HRMIS di peringkat agensi dari semasa ke semasa
       

    FUNGSI UNIT LATIHAN DAN KEMAJUAN STAFF

    • mengurus dan mengendalikan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia untuk kakitangan kumpulan pengurusan dan profesional
       
    • mengurus dan mengendalikan permohonan pengecualian mengikuti Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia
       
    • menyelaras permohonan mengikuti Kursus Kenegaraan Anjuran Biro Tatanegara (BTN) Jabatan Perdana Menteri
       
    • mengurus dan mengendalikan Kursus-kursus Jangka Panjang dan Kursus Jangka Pendek Anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia
       
    • mengurus dan mengendalikan waran peruntukan untuk kursus induksi SSM dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia san Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
       
    • mengurus dan mengendalikan waran peruntukan untuk latihan dan perkembangan staf dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia
       
    • menyelaras permohonan bagi program latihan anjuran Institut Aminuddin Baki Induk dan Cawangan Utara kursus dan latihan untuk pengurusan sekolah, Kursus Kepengetuaan (NPQEL), Program Khas Pensiswazahan Guru Besar
       
    • mengurus dan mengendalikan permohonan surat kelulusan belajar bagi guru-guru yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS serta program tajaan kementerian dengan OUM
       

    FUNGSI UNIT NAIK PANGKAT

    • memastikan perlaksanaan sistem kenaikan pangkat warga pendidikan seluruh negeri ini berjalan dengan cemerlang dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Bahagian Sumber Manusia dalam memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara
       
    • sentiasa memberi layanan mesra dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran membina daripada semua pihak demi meningkat prestasi perguruan serta proses kenaikan pangkat warga pendidikan Pulau Pinang
       
    • Memastikan guru dan kakitangan menerima kenaikan pangkat setelah memenuhi semua syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan
       
    • Mengurus dan menyelesaikan dokumen kenaikan pangkat warga pendidikan negeri Pulau Pinang mengikut prosedur kerja yang betul dalam tempoh seperti yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Surat Siaran/Iklan yang berkaitan
       
    • Urus setia bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi PPPS/PPPLD dan bukan guru yang terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, P.U.(A) 89 dan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, P.U. (A) 151
       
    • Menguruskan penempatan dan pertukaran setara PPPS dan PPPLD untuk jawatan kenaikan pangkat
       
    • Urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Pelajaran Pulau Pinang
       
    • Urus setia Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
       
    • Mengurus perakuan tanggung kerja jawatan-jawatan PPPS/PPPLD dan bukan guru
       
Info
Statistik Daripada EMIS Online
Data seperti pada  2 April 2014
     
Bilangan Sekolah
Ren Men Jum
271 127 398
     
Bilangan Murid (Enrol)
Ren Men Jum
142,661 118,824 261,486
     
Bilangan Guru
  L P
Ren 2,411 8,467
Men 2,568 7,086
Jum 4,979 15,553
20,532 
Log masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan



Bukan ahli?
Klik disini untuk mendaftar.

Lupa kata laluan?
Minta yang baru di sini.
Daftar Online Guru Data

Pautan